Saturday 19 September 2015

FENOMENA JEREBU DI MALAYSIA

Jalan Highway Seremban - Port Dickson pada 15/09/2015

APA ITU JEREBU ??

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel kecil yang wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi dan mengurangkan jarak pandangan mata kasar.


PUNCA UTAMA JEREBU :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
  • Kebakaran hutan 
      Terdapat faktor lain yang mewujudkan keadaan berlakunya jerebu, iaitu:
  • Cuaca kering yang berpanjangan
  • Ketiadaan atau sedikit angin. Keadaan ini menyebabkan zarah-zarah di udara terperangkap, tertumpu dan tidak disebarkan atau dileraikan. 

MASALAH JEREBU DI MALAYSIA

Jerebu adalah satu masalah yang meruncing di Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara disebabkan pembersihan hutan di Indonesia dengan kaedah pembakaran terbuka. Ini adalah suatu masalah yang masih berterusan saban tahun dan sedang ditangani oleh negara-negara ASEAN.


Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa Monsun Barat Daya, keadaan atmosfera sangat stabil dan pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurang. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif menyebabkan cuaca kering. Beberapa faktor seperti tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan sumber pencemaran yang banyak di bandar atau luar bandar merupakan ramuan unggul pembentukan jerebu di Malaysia. 


KESAN-KESAN JEREBU : 

Semasa jerebu, sering terdapat peningkatan dalam masalah kesihatan berkaitan masalah pernafasan, masalah mata dan tekak khususnya dalam kalangan mereka yang lebih sensitif atau sakit.



No comments:

Post a Comment